CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, February 6, 2010

diambil dari world of Islam:

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah Saifullah,
Tokoh kami ramai tak terkira,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya boneka yahudi.

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang dihati,
Lelaki kami menjaga melindungi,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat perogol bersiri.

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih datang membela,
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita,
Kini,Ribuan wanita suci terpenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.

Dulu,
Bila wanita dibawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,
Kini,
Bila wanita dibawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanita dibiar bebas binasa.

Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu dunia dan seisinya.

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad tekun berdakwah,
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan tenaga tak dikerah.

Dulu,
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al-Farouq,Zunurain mati terbunuh,
Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
Hingga sanggup bunuh-membunuh.

Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,
Kini,
Lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesama sendiri saling bertelingkah.

Kembalilah lelakiku,
Pada kelelakianmu,
Kami rindukan lelaki dulu,
Acuan madrasah rasul.

p/s: Ya Allah..hadir kan lah lebih ramai lelaki seperti Abdullah Khairul Azzam yg sentiasa membela kaum wanita dan menunjukkan wanita jalan menuju Dia,bkan yg membawa ke jalan yg di hina.
.

No comments: